Sunday, December 20, 2009

Teater Balaiklah Wauk pada 23 Disember 2009

Punyalah tak ingat dan tak ada yang beritahu. Nasib baiklah Ammosham tolong kabor kat blog dia. Akauh peh gitauh je sinaing (Aku paste begitu je kat sini).

" Group teater Uraong Ulu akan mementaskan teater 'Balaik Lah Wauk ' pada 23 Disember 2009 di dewan teater Perpustakaan Negeri Terengganu jam 10.00 pagi dan 9.00 malam. Tuan di jemput. Masuk percuma "

Teater : 'Balailah Wauk'
Masa : 10.00 pagi & 9.00 malam
Tarikh : 23 Disember 2009 (Selasa)
 

Tempat : Dewan Teater Perpustakaan Negeri Terengganu
Bayaran : Percuma


Nota : Ada baiknya call dulu Pak Him, bimbang kensel pulok.

Terima kasih Ammosham, mujur mung singgah sini.

Saturday, October 27, 2007

Kumpulan Kesenian Uraong Ulu

NAMA KUMPULAN
Kumpulan Kesenian Uraong Ulu - KEULU


LATAR BELAKANG KUMPULAN

Ditubuhkan pada 1979 dengan nama ‘Perkumpulan Teater Ulu Terengganu’ atau singkatannya ‘ULTRA’. Pada 1hb. Oktober 2001, nama kumpulan ini telah ditukarkan kepada ‘Kumpulan Kesenian Uraong Ulu - KEULU’.

Selain daripada berteater, kumpulan ini telah menubuhkan kelas teater yang pelajarnya terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah tingkatan 4 (1987 hingga 1990) Tingkatan 6 bawah (2000), pelajar tingkatan 2, 3 dan 4 (2001 hingga 2003) dan kelas teater yang pelajarnya terdiri daripada bekas pelajar dari institut pengajian tinggi lulusan diploma dan ijazah (2004 dan 2005).

Bermula dengan nama KEULU, aktivitinya banyak tertumpu pada program kemasyarakatan, seperti khemah kerja budaya, mengenali flora dan fauna, rekreasi mendaki, mengharungi sungai, bengkel mengenali alatan tradisional dan banyak lagi. Drama yang pernah dipentaskan adalah Jebat (arahan Wahab Mohamad 1980) dan Batu Bersurat (arahan Wahab Mohamad 1982).

ULTRA / KEULU dipimpin oleh Ibrahim Mohd Taib @ Abah selama 12 tahun semenjak 1995. Antara yang pernah memimpin ULTRA / KEULU adalah Wahab Mohamad (1979-1981, Bahari Abu 1981-1983, Syed Mohd Noor @ S.M.Noor (1983-1985), Wan Mustaffa bin Wan Mohamad (1985-1987), Abdullah Che Mohamad @ Cik Lah (1987-1993) dan Halim Hashim (1993-1995).


PENYERTAAN PERTANDINGAN DRAMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU :

1. Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Arahan Bahari Abu, 1981)
2. Kerusi (Karya Hatta Azad Khan dan arahan Ibrahim Mohd Taib, 1996)
3. Bumiku Oh Bumiku (Ibrahim Mohd Taib, 2000)
4. Tamu Di Bukit Keny (arahan Noor Asilla Mohd Noor. 2001)
5. Waktu Sesudah Itu (arahan Ibrahim Mohd Taib, 2003)
6. Junuh!!! Isteri Kau Gila (arahan Norizwan Mohamad, 2004)


SENARAI PEMENTASAN DRAMA - KARYA/ARAHAN IBRAHIM MOHD TAIB :

1. Jebat Derake, 1985 (Pekan Budaya Daerah)
2. Lembu, 1986 (Pertandingan Drama Peringkat Negeri Terengganu)
3. Perasan 1, 1987 (Johan Daerah Pesta Drama Sekolah –Sekolah Menengah
Daerah Hulu Terengganu anjuran TV3)
4. Perasan 2, 1998 (Pertandingan Drama Sekolah –Sekolah Daerah Hulu Terengganu anjuran TV3)
5. Perasan 3, 1989 (Jabatan Kesihatan)
6. Bersihnye Bando Kite, 1991 (Pelancaran Kempen kebersihan Kedai Kita
- Jabatan kesihatan)
7. Tragedi Padang Kacung, 1992 (Drama Sekolah-Sekolah Menengah
Daerah Hulu Terengganu Anjuran TV3)
8. Jadilah Esap Dadoh, 1995 (Pelancaran Kempen Hari HIV Jabatan Kesihatan)
9. Gerimis Di Padang Kacung, 2002 (Khemah Kerja UMNO di Felda Bukit Bading Hulu Terengganu)
10. Kuale Telemong, 2002 (Khemah Kerja Kehulu di FELCRA Kampung Betong
Hulu Terengganu)
11. Uraong Ulu Hatinye Sumbaing 2003 (Persembahan di Taman Budaya
Negeri Terengganu)
12. Uraong Ulu Hatinye Luke Lagih, 2005 (Persembahan di Taman Budaya
Negeri Terengganu)


KEULU juga menubuhkan kumpulan sajak 'Aku Oraung Ulu' kumpulan penyajak ini sering di jemput dalam majlis atau kempen anjuran jabatan-jabatan kerajaan, seperti Pejabat Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba, Polis, Akademik Binaan Malaysia, jabatan Pertanian, RTM, Jabatan Penerangan, Agensi Dadah Kebangsaan, Kerajaan Tempatan, malam Persembahan, Majlis-Majlis Mesyuarat Agong, Hari Kemerdekaan dan banyak lagi. Sajak – sajak yang disampaikan oleh penyajak dengan menggunakan loghat/dialek daerah Hulu Terengganu.

TAJUK TEATER
Uraong Uluf Hatinye Luke Lagaih

KARYA

Ibrahim Mohd Taib

SINOPSIS

Berlaku sekitar tahun 1946, di kampung Pelam mukim Kuala Telemong dalam daerah Kuala Berang. Cerita ini mengisahkan perjuangan Cikgu Bedah dalam menuntut kemerdekaan negara. Orang Ulu masih terasa sedih keatas peristiwa Padang Kacung itu. Bila saudara mara dimi dalam peristiwa hitam Inggeris cuba dengan masyarakat kampung, tapi Urang Kapong merapatkan hubungan naik semula bila sejarah Padang Kacung diungkit kembali.

TENAGA PRODUKSI

Pengarah : Ibrahim Mohd Taib
Penolong Pengarah : Abdullah Che Mohamad
Pengurus Pentas : Mohd Zubir Abdullah
Pengurus Set dan Prop : Rosli Ibrahim
Pengurus Panggung : Abu Hasmidi Haji Abu Bakar
Jurusolek : Ida Nurnasidah Husin
Penata Cahaya : Yusuf Zaki Ismail
Rekaan Kostum : Norini Ahmad

PELAKON

Mr. Brown : Mohd Yusof Mustapha

Maria : Nor Asilla Mohd Nor
Sood : Mohd Firdaus Baharudin
Medam : Mohd Ramadam Hassan
Awang : Mohd Shukri Mohd Nor

Bedah : Noor Hayati Jaafar
Kasim : Mahadi Mohamad
Abas : Mahari Mohamad
Deraman : Roslan Sulong
Mat Zin : Aladin Abdullah
Leman : Mohd Amirol Alyah
Deris : Mohd Safari Radzuan
Cikgu 'B' : Norizwan Mohamad
Budiman : Ibrahim Mohd Taib